Bismillahirrahmanirahim .
Assalamualaikum w.b.t
saya nak bercerita satu benda . mungkin ada yang penah alami macam saya . mungkin tak . sya ni takreti mane nak mengarang . kalau hancur tu maaf lah ye . hanya ingin berkongsi .
zaman sekolah pada tahun terakhir di sekolah . pelbagai dugaan dan ujian yang Allah kasi . tak berhenti henti . tapi saya seorang yang sangat lemah . saya hanya mampu menangis apabila menghadapi ujianNya .
walaupun saya menghadapi masalah , saya masih tidak mengingati Allah yang Maha mendengar dan Maha Memahami . Saya masih lalai dengan duniawi .
selepas berjumpa dengan seorang akak yang banyak menasihati saya . Alhamdulillah , Allah membuka hati saya ke jalan yang diredhai olehNya .
Alhamdulillah, saya kembali ke jalanNya sebelum pergi lebih jauh terpesong . Insha Allah . saya akan pertingkatkan iman saya .
Marilah kawan-kawan sebelum terlambat . selagi kita masih bernafas dibumi Allah . Pintu taubat sentiasa terbuka . Itu sahaja yang nak dikongsi kan . sesiapa yang nak kongsi . jom lah singgah blog saya yang takseberapa . let's share, ya akhi wa ukhti
Puisi Mencari Iman Daripada Najlaa Mohammad Noor
Benar aku kerdil,
Aku kosong,
Aku tak ada harta,
Tapi aku punya citarasa.
Aku bukan orang kaya,
Jadi aku tak mencari yang berada.
Aku bukan gadis jelita,
Jadi aku tidak memandang rupa.
Aku tidak sempurna mana,
Jadi cukuplah andai dia punya budi bahasa.
Aku tak mencari mewahnya dunia.
Aku tak mencari indahnya fantamorgana.
Tapi,
Aku mencari redha Dia.
Aku memang punya citarasa,
Tapi citarasa aku tak tinggi.
Cukuplah sekadar hebat agamanya,
Agar aku boleh jadi makmum,
Dalam setiap solat,
Di mana ‘dia’ imamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)