Hidup Saya Kerana Allah Taala

Puisi Mencari Iman Daripada Najlaa Mohammad Noor

Benar aku kerdil,
Aku kosong,
Aku tak ada harta,
Tapi aku punya citarasa.

Aku bukan orang kaya,
Jadi aku tak mencari yang berada.
Aku bukan gadis jelita,
Jadi aku tidak memandang rupa.
Aku tidak sempurna mana,
Jadi cukuplah andai dia punya budi bahasa.

Aku tak mencari mewahnya dunia.
Aku tak mencari indahnya fantamorgana.
Tapi,
Aku mencari redha Dia.

Aku memang punya citarasa,
Tapi citarasa aku tak tinggi.
Cukuplah sekadar hebat agamanya,
Agar aku boleh jadi makmum,
Dalam setiap solat,
Di mana ‘dia’ imamnya.

No comments:

Post a Comment